Archive for 2015

7 Tips Kurangkan Lemak melalui Pemakanan

APA ITU LEMAK?

Lemak membekalkan tenaga dan membantu penyerapan vitamin A,D,E dan K. Walau bagaimanapun ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan.


JENIS-JENIS LEMAK

Lemak Tepu

Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.

Contoh: Daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.

Lemak Tak Tepu 

Sejenis lemak yang lembut dan cair pada suhiu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.


Terdapat DUA jenis lemak TAK TEPU:

1. Lemak mono tak tepu
   
    -Kebanyakan kekacang
    -Minyak zaitun
    -Minyak kanola
    -Minyak biji bunga matahari
    -Minyak bijan

2. Lemak poli tak tepu

    -Minyak kacang soya
    -Minyak bijan
    -Minyak jagung
    -Beberapa jenis ikan seperti salmon atau tuna


KESAN LEMAK TERHADAP KESIHATAN

Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan:

1- berlebihan berat badan
2- meningkatkan paras kolesterol dalam darah
3- meningkatkan risiko

  • Penyakit jantung
  • Diabetes
  • Beberapa jenis penyakit kanser
Makanan berlemak
(kredit: kalinggatiton.blogspot.com)


7 TIPS MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK:

  • Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng
  • Guna minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan sayur-sayuran.
  • Kurangkan penggunaan santan.Gantikan dengan susu rendah lemak.
  • Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum memasak.
  • Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayonis dan krim.
  • Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti membakar, merebus, mengukus atau memanggang daripada menggoreng.
  • Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.

Contoh kandungan lemak dalam makanan: 

Satu keping roti canai                                    =  10 gram lemak
Sekeping roti naan                                         =  7.6 gram lemak
Sekeping roti telur                                         =  13.5 gram lemak
Satu keping karipap                                       =  10 gram lemak
Satu burger daging                                         =  30 gram lemak
Satu ketul ayam goreng                                 =  20 gram lemak
Satu pinggan mee goreng                              =   20 gram lemak
Satu pinggan nasi beriani                              =   15 gram lemak
Satu bungkus kentang goreng                       =   15 gram lemak
10 cucuk sate                                                 =  19.6 gram lemak
Sepinggan nasi goreng                                  =   25.1 gram lemak

*1 sudu teh   =  5 gram lemak


Berapa banyak lemak yang perlu diambil?

Bagi dewasa normal, keperluan harian pengambilan lemak yang terdapat atau ditambah dalam makanan adalah sebanyak 9-13 sudu teh sehari.

Panduan pemilihan makanan yang kurang lemak:

KURANGKAN Daging berlemak PILIH Daging tanpa lemak/ayam tanpa kulit
KURANGKAN Susu berkrim dan berlemak  PILIH  Susu rendah lemak
KURANGKAN Makanan bergoreng PILIH  Masakan kukus, panggang

SNEK BERLEMAK: kerepek, kek, biskut, kacang, kuih bersantan

SNEK SIHAT: jagung kukus, buah-buahan segar.

Sayuran kukus
(kredit: menumasakanindonesia1.blogspot.com)


Buah-buahan segar
(kredit: drrozmey.wordpress.com)


Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan & Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia



Posted in , , | Leave a comment

4 Tips Untuk Wanita yang Tidak Gemar Minum Susu

MINUM SUSU

Salah satu cara mengekalkan kesihatan ialah dengan minum susu. Susu merupakan sumber yang kaya dengan kalsium dan protein. Ia juga adalah sumber yang baik bagi vitamin D, vitamin K, vitamin A, riboflavin, vitamin B12, zink dan iodin.

kredit: vemale.com


KENAPA PERLU MINUM SUSU?

Susu mempunyai banyak khasiat di mana zat-zat yang terkandung dalam susu penting untuk:


  • Proses pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan tulang.
  • Pembekuan darah, tindak balas otot dan pengawalan tekanan darah.
  • Penghasilan tenaga badan dan perlindungan sistem kardiovaskular.
  • Pengeluaran sel darah merah dan seterusnya mencegah anemia.
  • Melindungi badan daripada kuman.


BERAPA BANYAK SUSU PERLU SAYA MINUM?



1-3 gelas sehari


Maklumat pemakanan bagi 1 gelas (250ml) susu tepung penuh krim

Kcal = 79.2
Kalsium = 101.2 mg
Karbohidrat = 5.8 mg
Vitamin A = 241.2 IU
Protein = 4.4 g
Lemak = 4.3 g
Gula = 5.8 g

TIPS BAGI MEREKA YANG TIDAK GEMAR MINUM SUSU

  • Tambah serbuk malt bercoklat semasa membancuh susu untuk menambah rasa sedap.
  • Masukkan susu (susu tepung/susu segar) ke dalam bamcuhan makanan/kuih seperti cucur manis, lempeng dan goreng pisang.
  • Tambahkan susu dalam penyediaan jus atau puding.
  • Boleh juga mengambil yogurt atau keju.

ANDA PERLU TAHU...

Kebanyakan susu pekat manis/ krimer manis di pasaran bukan merupakan sumber susu dan produk tenusu!

Minum Susu Jadikan Anda Lebih Sihat

:-)



Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.


Posted in , , , | Leave a comment
Powered by Blogger.

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.