APA ITU LEMAK?
Lemak membekalkan tenaga dan membantu penyerapan vitamin A,D,E dan K. Walau bagaimanapun ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan.
JENIS-JENIS LEMAK
Lemak Tepu
Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah.
Contoh: Daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, krim, minyak sapi dan aiskrim.
Lemak Tak Tepu
Sejenis lemak yang lembut dan cair pada suhiu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah.
Terdapat DUA jenis lemak TAK TEPU:
1. Lemak mono tak tepu
-Kebanyakan kekacang
-Minyak zaitun
-Minyak kanola
-Minyak biji bunga matahari
-Minyak bijan
2. Lemak poli tak tepu
-Minyak kacang soya
-Minyak bijan
-Minyak jagung
-Beberapa jenis ikan seperti salmon atau tuna
KESAN LEMAK TERHADAP KESIHATAN
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan:
1- berlebihan berat badan
2- meningkatkan paras kolesterol dalam darah
3- meningkatkan risiko
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Beberapa jenis penyakit kanser
- Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng
- Guna minyak masak dalam kuantiti yang sedikit dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan sayur-sayuran.
- Kurangkan penggunaan santan.Gantikan dengan susu rendah lemak.
- Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak dan buang lemak yang ada sebelum memasak.
- Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega, minyak salad, mayonis dan krim.
- Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti membakar, merebus, mengukus atau memanggang daripada menggoreng.
- Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.